1. Laman web anda mestilah dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan dari bahasa yang lain adalah dibenarkan sebagai kata nama khas. Contohnya, permainan komputer Half-Life. Perkataan Half-Life itu sendiri tidak perlu diterjemahkankan ke Bahasa Melayu. Nanti siapa pula yang akan kenal permainan komputer Separuh Hayat :)
Permainan itu sendiri tidak perlu menggunakan Bahasa Melayu. Jadi, contohnyan, jika anda mempunyai laman web berbahasa Melayu berkenaan dengan permainan konsol Final Fantasy (hanya boleh didapati dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Jepun), anda boleh mencalonkan laman web anda di sini.
Laman web dari bahasa-bahasa lain tidak dibenarkan disenaraikan di sini. Ini termasuklah laman-laman web dari bahasa Indonesia (saya boleh membezakan kedua-dua bahasa tersebut).
Pengecualian diberikan kepada ruang awam laman web anda seperti buku pengunjung ('guestbook') dan forum. Contohnya jika pengunjung-pengunjung forum laman web anda banyak menggunakan Bahasa Inggeris (atau bahasa bukan Bahasa Melayu), ia tidak akan memberi kesan kepada peluang laman web anda disenaraikan dalam kategori ini.
2. Laman web anda mestilah mempunyai kandungan yang berkaitan dengan permainan arked, komputer atau konsol. Sila baca Categori Description untuk lebih maklumat. Maklumat-maklumat yang boleh ada dalam laman web anda adalah luas, daripada laman peminat sesuatu permainan, laman reviu permainan-permainan komputer atau konsol dan lain-lain lagi.
Dalam kata lain, jika laman web anda adalah mengenai permainan elektronik, laman web anda mempunyai banyak peluang untuk disenaraikan.
Nota: Syarat-syarat di atas berubah setiap waktu tanpa amaran.
Proses menyenaraikan laman web anda akan memakan masa antara seminggu hingga sebulan.